Friday, August 29, 2014

Dato Terlajak Laris dengan koleksi kereta mewahnya...wow kayo2!!!

SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit, Mungkin itu pepatah yang paling sesuai untuk merujuk kepada kisah kejayaan Datuk Aliff Syukri ataupun lebih dikenali sebagai Datuk Terlajak Laris.

Rata-rata masyarakat yang pernah mengikuti kisah lampau hidupnya sebelum ini, pasti tahu bahawa beliau bukanlah datang daripada latar belakang keluarga senang.

Dalam kenyataannya sebelum ini menerusi program TV mahupun laman sosialnya, Aliff sering menceritakan betapa sukarnya dia ketika mula-mula menapak dalam industri kecantikkan.

Siapa sangka, Aliff yang kini bergelar jutawan dan memiliki wisma sendiri bernilai RM2.5 juta di Kota Damansara, mula bertatih dengan berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam selama dua tahun!

Kerana Jubah ‘Terlajak Jarang’, Aliff Syukri Minta Maaf
Namun, itu semua cerita beberapa tahun lalu. Hasil usahanya kini, produknya D’herbs telah dikenali seantero Malaysia malah sudah memasuki pasaran global.

Dek kerana kejayaannya, Aliff kini mampu untuk memakai kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit iaitu Rolls-Royce.

Berkongsi di Instagram peribadinya, beliau memuat naik dua keping foto menunjukkan kereta barunya itu.
"hari ini saya seakan bermimpi dan berhayal ttp menjadi nyata..dan teringat sy dulu..saya pernah berjalan kaki dulu kerana tiada kenderaan dan tiada wang untuk membeli kereta dan saya berniaga berjalan kaki ke rumah dan pejabat….

melihat keadaan saya itu membuatkan saya berazam bahawa cabaran adalah semangat pada saya utk berjaya…tiada perkataan x boleh dlm kamus hidup saya…kerana hanya kita yg berhak mengubah kehidupan dan diri kita bukan orang lain…Dalam hidup tiada yg mudah..semuanya perlu kerja keras utk mencapai matlamat dan impian utk berjaya..

Jangan sesekali putus asa dan serahkan takdir hidup kita pada keadaan walaupun telah banyak kali gagal…kerana gagal bukan noktah kehidupan kerana saya juga pernah gagal…Alhamdulillah impian abg tercapai hari ni utk memiliki kereta idaman iaitu Rolrose "selalu tngok filem org puteh ada kete ni jd nak juga merasa"….

bukan tujuan untuk menunjuk jauh sekali meriak…hanya utk memberi semangat bahawa kpd smua khususnya peniaga melayu wanita dan lelaki kita boleh berjaya walaupun siapapun anda!! yg pnting kita perlu berusaha bukan hanya khayalan dan angan2…

Ingat jangan main no ekor atau skim cpt kaya sbb "yg cepat naik cepat juga jatuh"..jd ikutlah aliran yg betul dlm perniagaan..jgn sampai yg dikendong x dapat yg dikejar berciciran dan fokus terhadap apa jua yg dilakukan dan Insya Allah ada rezeki.menanti..

Allah sangat sayangkan hamba3 nya yg rajin berusaha…* dah lengguh tangan sy taip panjang2 ehhehe��"
Load disqus comments

0 comments