Ramai wanita malu jika memiliki punggung yang besar. Susah nak cari seluar la dan pasti punggung anda akan sentiasa menjadi tumpuan.
Jangan malu. Ini kerana di mata lelaki, wanita yang memiliki punggung besar di anggap menarik.
Bukan itu sahaja, kajian mendapati, wanita punggung besar juga bakal melahirkan anak yang bijak.
Mereka juga sangat beruntung kerana menurut kajian terbaru dari University of Oxford mendapati, wanita memiliki punggung besar bukan sahaja bijak, malah lebih sihat.
Tak percaya kan? Lemak dalam tubuh mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang.
Jika lemak di perut meningkatkan risiko penyakit, sebaliknya lemak di punggung beri kelebihan.
Menurut kajian tersebut, lemak yang tersimpan di bahagian bawah seperti peha dan punggung, ternyata memberi pelindungan tubuh dari penyakit kronik seperti jantung dan diabetes.
Ini kerana lemak bahagian bawah menyimpan asid lemak yang menjaga kestabilan tubuh.
Bahkan Kim Kadarshian pun bangga dengan aset yang dia miliki. Mesti lepas ni ramai wanita yang dah tak malu memiliki punggung besar.
0 comments