Wednesday, June 29, 2016

'Bro, Tunang Kau Dah Barai Aku Tebuk Banyak Kali Dah'


"Bro, Tunang Kau Dah Barai Aku Tebuk Banyak Kali Dah" - Bekas BF Tunang Aku..

Aku dah grad UIA. Cerita ini memang cerita yang betul, cerita hidup aku sendiri. Buka nak membuka pekung di dada tetapi ada mesej yang ingin aku sampaikan. 

Di UIA, aku kenal seorang perempuan ini. Dua tahun kami berkawan dan selepas grad, masing-masing mendapat kerja. Jadi kami pun merancang untuk kehidupan yang seterusnya iaitu kahwin selepas grad. 

Alhamdulillah, masing-masing dah dapat kerja. Kemudian kami bertunang selama 3 bulan. 

Sementara itu juga, aku buat perniagaan printing baju dengan rakan. Saja nak menambah duit poket, boleh dibuat belanja kahwin sedikit sebanyak. Selain itu, kami buat bisnes online. Kebanyakkan orang nak order baju akan mesej kitorang terus. 

Tinggal sebulan saja lagi aku nak disatukan dengan tunang. Semua persiapan hampir siap dan semua sudah ditempah. Kad jemputan juga telah diedarkan. Sewa kanopi, bagai semua dah hampir selesai. Tunggu hari kejadian sahaja. 

Malam itu, semua keluarga aku berkumpul berbincang mengenai majlis kahwin aku. Abang-abang dan kakak-kakak aku semua bagi nasihat rumah tangga pada aku, sebelum mendirikan masjid ini semua.

Memandangkan aku anak bongsu dalam keluarga, aku dengar sajalah semua nasihat abang dan kakak. Semua tengah meriah bagi tips dan nasihat itu ini, tiba-tiba aku mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Tetapi tak hairan sangat kerana menyangka itu mungkin panggilan dari pelanggan yang mahu menempah baju. 

Aku jawab panggilan itu, senyap dan tiada salam ataupun hello. Jadi, aku pun tamatkan panggilan. 

"Mungkin salah nombor agaknya?" bisikku dalam hati. 

Tidak berapa lama kemudian, nombor itu menghubungi aku lagi. Kali ini ada suara lelaki yang bertanya. 

"Ini Hafiz ke?"

"Ye,"

"Boleh tak aku nak jumpa dengan kau?"

"Siapa ni?"

"Saya nak tempah baju," katanya.

"Biasanya saya tak jumpa customer kalau nak order baju. Cuma bagi details melalui WhatsApp pun boleh sebab sekarang saya tengah sibuk menguruskan majlis kahwin tak lama lagi. Jadi, tak sempatlah berjumpa," jelas aku. 

Tetapi dia enggan mengalah, dia memujuk aku untuk berjumpa dengannya sebab ada banyak helaian baju yang ingin ditempat dan dia juga memppunyai desing dia sendiri.

"Kalau begitu, nak saya minta tolong rakan niaga saya pergi berjumpa dengan encik. Tak pun, tak payah jumpa pun tak apa. Cakap saja berapa helai yang dimahukan dan design pun encik boleh hantar melalui emel,"

Namun, lelaki itu tak bersetuju. Sekali lagi dia berkeras nak berjumpa dengan aku. 

"Sama saja kalau rakan niaga saya jumpa encik pun. Sebab dia pun tahu selok belok nak order baju," jelas aku lagi. 

"Aku nak bercakap pasal tunang kau," katanya.

Aku tersentak bila dia kata nak bercakap dengan tunang aku. Nak cakap apa?

"Eh? Tadi kata nak order baju. Sekarang nak cakap tunang saya kenapa pula? Saya tak kenal pun encik,"

"Aku kenal kau. Aku cuma nak cakap yang tunang kau tu dah 'rosak'. Dah banyak kali 'main' dengan aku," katanya. 

Aku dengan tiba-tiba menyergah dia dalam panggilan telefon itu.

"Kau tak kenal aku, kau tak kenal tunang aku. Jadi baik kau jangan buat fitnah sebelum aku report polis!" angin kemarahan sudah tiba. 

Lelaki itu cepat-cepat memberitahu aku nama penuh si tunang. Aku menjadi cuak, bagaimana dia boleh mengenali tunang aku? 

"Kalau kau tak percaya, nanti aku WhatsApp gambar," katanya.

Aku terus tamatkan panggilan dan matikan handphone. Fikiran aku menjadi serabut. Iyalah, tiba-tiba saja mendapat panggilan dari orang yang tidak dikenali dan siap beritahu nama penuh tunang, dan cakap tunang kau dah rosak semua siap nak tunjuk bukti semua. 

Aku ambil kunci kereta dan aku keluar dari rumah pada malam itu. 

"Hafiz, jangan keluar lama-lama. Dah lewat malam ni. Orang darah manis tak elok keluar malam," pesan mak dari dalam rumah.

"Hafiz nak lepak dengan kawan jap mak," balas aku. 

Waktu itu dah jam 10.30 malam. Mak aku macam pelik, aku jarang keluar lepak dengan kawan lewat-lewat malam begini. Aku pun tak tahu nak pergi ke mana. 

Dalam hati aku kuat mengatakan tuduhan lelaki itu tadi adalah fitnah. Aku kenal tunang aku. Aku pergi lepak seorang diri di McDonald. Sampai saja di situ, aku hidupkan semula handphone dan ada WhatsApp dari tunang yang bertanya aku di mana sebab mak beritahu dia yang aku keluar tak balik-balik lagi dan call pun tak dapat. Aku hanya sekadar membaca mesej itu tanpa membalasnya.

Kemudian masuk pula mesej dari nombor yang aku tidak kenal, mesej dari lelaki tadi. Banyak gambar yang dihantar kepada aku tetapi aku tak download pad awaktu itu sebab belum bersedia untuk melihat gambar-gambar itu semua. Tetapi hati aku teringin nak tahu.

Aku kuatkan hati jantan aku dengan mendownload semua gambar-gambar itu. 

Ya Tuhan.....! Remuk hati aku pada waktu itu. Rupa-rupanya dia hantar gambar tunang aku dengan dia yang tengah selfie di mana entah. Tetapi tangan dia merangkul kemas pinggang tunang aku seakan-akan berpelukan. Gambar tunang aku yang free hair, selfie hanya pakai singlet. Aku sendiri pun tak pernah tengok tunang aku dalam keadaan seperti itu. Patah hati aku pada waktu itu.

Aku tak balasm dalam kepala aku cuba berfikir positif dan menenangkan diri ini. Pada waktu itu aku cuba fikir bahawa lelaki ini sengaja mahu merosakkan hubungan kami. Aku fikir semua gambar-gambar itu telah diedit. Tetapi hati aku kuat mengatakan bahawa itu adalah tunang aku. 

Selepas itu, dia mesej lagi. 

"Aku tahu semua tahi lalat tunang kau di mana, tanda lahir tunagn kau di mana dan semua benda-benda sensitif tunang kau aku tahu," katanya.

Aku tak tahu pun semua itu, aku tak tahu tahi lalat dan tanda lahir tunang aku di mana, ak utak tahu rambut tunang aku paras mana. Semua aku tak tahu. Menangis aku pada waktu itu juga. Aku cuba tahan tetapi air mata jantan aku keluar juga. 

Malam itu, aku balik rumah jam 3 pagi. Membebel mak aku. Katanya dah kahwin tak boleh dah lepak sampai lewat pagi dengan kawan-kawan. 3 hari aku tak layan tunang aku. Aku cakap yang aku tengah sibuk printing baju. Tak sempat nak melayan dia yang mana sebenarnya aku rasa nak tampar dia pun ada kalau dia berada di depan aku pada waktu ini. 

Seminggu selepas itu, aku hubungi lelaki itu dan ajak berjumpa untuk mendapatkan kepastian yang lebih lanjut. Kami berjumpa, dia ceritakan satu persatu pada aku, sebelum aku kenal tunang aku, tunang aku dah ada teman lelaki. Mereka sudah terlanjur banyak kali dan sudah buat macam-macam. 

Dia juga menunjukkan perbualan WhatsApp mereka (lama) yang tak ubah seperti perbualan lucah. Waktu itu aku rasa mahu saja tumbuk muka lelaki itu tetapi aku berada di tempat awam, maka aku tahankan saja.

"Aku tanya kau satu saja. Apa tujuan kau beritahu aku semua ini?" soal aku.

"Aku cakap sebab aku tak nak kau jadi dayuslah gila. Perempuan itu sudah rosak. Aku yang rasa dia dulu," katanya.

Celaka! Aku balik macam itu saja. Tiap hari aku menangis, sebak sayu semua ada. Majlis perkahwinan kami hanya tinggal dua minggu saja lagi. Apa yang patut aku buat? Aku tak beritahu sesiapa lagi tentang hal ini. Aku tak tanya tunang aku lagi. Aku diamkan diri sahaja. 

Waktu itu aku dekatkan diri dengan Tuhan, aku buat istikharah setiap malam, aku buat solat hajat, aku mohon betul-betul dengan Tuhan. Aku fikir aku nak saja memutuskan pertunangan dan batalkan majlis kahwin. Tetapi aku fikir itu semua mustahil dan akan menyebabkan keluarga aku malu sendiri. Lagi pun mak aku lemah jantung, bakal mak mertua aku pun tak sihat, ada darah tinggi. Aku bimbang mereka terkejut jika mereka mendapat tahu tentang hal ini. Tetapi aku tidak kuat, lemah dan tak tahu apa nak buat. 

Aku sendiri tak pernah menyentuh tunang aku walaupun tangan dia sekali pun. Aku benar-benar sayang pada tunang aku. Aku merungut, mengapa aku mesti mendapat ujian seperti ini? Aku fikir kalau aku kahwin nanti, macam mana dengan keturunan aku? Dayuskah aku? Semua keliru, aku tak tahu nak pilih yang mana. Aku tak mendapat sebarang petunjuk dari istikharah sampailah aku dengar khutbah Jumaat di masjid rumah aku. 

Tajuk khutbah Jumaat hari itu, peluang kedua. Dalam khutbah itu kata, semua orang berhak diberikan peluang kedua tak kisahlah jahat atau baik. Malah orang itu patut diberi peluang kalau dia benar-benar mahu berubah. Kita ini siapa nak menghukum orang? Seeloknya bukakanlah hati untuk memberi peluang kedua. InshaAllah Tuhan mempermudahkan urusan. 

Terngiang-ngiang dalam kepala aku khutbah Jumaat hari itu. Majlis tinggal seminggu saja lagi dan aku masih tak mendapat apa-apa petunjuk. 

Aku buat keputusan untuk bertemu dengan tunang. Hari itu aku jumpa dia dengan membawa hadiah. Aku hadiahkan dia sepasang stoking dengan sepasang handsock. Dia agak terkejut dengan hadiah yang diberikan. 

"Kenapa bagi hadiah ni?" soalnya.

"Pakailah stokin itu tutup kaki, handsock itu pakailah walaupun pakai baju lengan panjang. Tetapi tetap nampak lengan," tegas aku.

Dia agak keberatan hendak menerima apa yang aku katakan dan teragak-agak untuk memakai stokin. 

"Pakai dulu, nanti saya belikan yang lebih cantik. Baru sedap nak pakai. Pakai pelahan-lahan baru lelaki tak usha. Jagalah aurat elok-elok. Pelahan-lahan, tak apa," kata aku. 

"Kenapa? Awak cemburu ke?"

Eh? Panas pula hati aku, tetapi aku diamkan saja sebab dah mula rasa nak naik tangan. Tetapi disebabkan perempuan, aku tahankan saja.

"Bukan aku cemburu, sebab aku tak nak lelaki lain tengok aurat kau dah," getusku dalam hati. 

Aku kumpulkan kekuatan untuk berterus terang. Aku tunjuk gambar dia dengan bekas teman lelakinya sedang bergambar berpelukan.

"Ini apa?" soalku.

"Mana awak dapat semua gambar-gambar ini?!" terbeliak mata dia dan tidak lama kemudian dia menangis teresak-esak. 

"Kenapa menangis? Benda dah jadi pun. Kenapa tak terus terang saja? Kenapa tak cakap yang sebelum ini dah ada teman lelaki?" semua aku tanya sebab dah hampir sebulan aku pendamkan seorang diri sampai tumpah juga air mata jantan aku di depannya. 

"Itu semua cerita lama. Saya dah tak berhubung dengan dia lagi. Lelaki itu cuma mahukan duit dan badan saya saja ketika bercinta.

"Sekarang, status kita macam mana? Awak nak tinggalkan saya dan batalkan majlis perkahwinan kita?" soalnya. 

"Tak, kita teruskan saja. Majlis tak sampai beberapa hari lagi dah. Tipulah kalau aku tak sakit hati. Dah hancur berkecai pun hati ini sebenarnya. 

Aku jaga dia elok-elok, alih-alih ada orang lain yang sudah menyentuhnya sebelum aku sentuh dia. Aku fikirkan maruah keluarga, fikir mak aku yang sakit jantung, aib tunang dan semualah aku fikir. 

"Saya izinkan awak batalkan majlis perkahwinan kita. Saya malu dengan awak sebab saya dah rosak," katanya. 

"Saya anggap ini semua ujian dari Tuhan pada saya. Mungkin ada kebaikan yang akan saya dapat kelak. Saya pun tak tahu ujian untuk saya membimbing awak sebagai isteri saya nanti. 

"Walaupun dah jadi begini, sayang sayang pada awak masih kuat. Jadi hargailah. Cuma satu saya minta, tutuplah aurat itu dengan sempurna. Sebab itu saya hadiahkan stokin dan handsock, bukan saya suruh pakai tudung labuh dan purdah bagai. Cuma tutup mana yang asas sahaja. InshaAllah saya redha dengan ujian ini," kataku. 

Pernah juga aku cuba memberitahu mak dan ayah mengenai hal ini. Tetapi itu aib tunang aku. Pernah aku cuba mahu membatalkan majlis dan tinggalkan tunang, tetapi aku paksa diri aku ingat balik semua kebaikan yang pernah dia buat pada aku dulu semasa berada di UIA. 

Dia pernah bayarkan yuran aku separuh, pernah support duit makan bila aku dah tak ada duit. Dialah tempat aku jatuh bangun struggle di UIA selama 4 tahun. hal duit itu tak payah cakaplah, memang banyak dia tolong aku. 

Aku budak mustang, ada kalanya dia belikan keperluan sukan untuk aku walaupun aku tak minta. Jadi aku tak mampu melupakan kebaikan yang dia buat walapun satu kesalahan besar dia buat, tidak cukup untuk memadamkan kebaikan dia selama ini.

Tetapi aku ingat, aku tak tinggalkan tunang aku bukan sebab kebaikan dia, tetapi sebab kasih sayang aku yang betul-betul ikhlas dengan tunagn aku dan aku patut bagi dia peluang kedua untuk berubah. InshaAllah aku akan redha. Doakan aku, majlis kami hari Ahad ini. Terima kasih

– Hafiz IIUM
Load disqus comments

0 comments