$Tindakan nekad seorang isteri membongkar kecurangan suaminya dengan bertindak merakam video mengundang padah apabila dia mungkin berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda sebanyak SR50,000 (RM56,991), lapor portal berita emirates247,semalam.
Memetik laporan tersebut, wanita Arab yang tidak didedahkan identitinya dikatakan merakam video menggunakan telefon bimbit yang menunjukkan suaminya menggoda, mencium dan memeluk pembantu rumah mereka dalam kejadian di Gulf Kingdom, di sini.
Wanita itu kemudiannya memuat naik rakaman tersebut ke laman sosialnya dengan menulis kapsyen;
“Hukuman minimum kepada suami kerana dia mempunyai skandal”.
Rakaman tersebut nyata menarik perhatian ramai pengguna media sosial di negara tersebut yang rata-rata menyokong tindakan wanita terbabit sebagai memberi pengajaran kepada suaminya yang curang.
Bagaimanapun, seorang peguam Arab terkenal, Majid Qaroob berkata, wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara atas tuduhan memfitnah suaminya dengan merakam video tersebut.
"Dia berdepan hukuman sehingga satu tahun penjara atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah suaminya mengikut undang-undang jenayah teknologi maklumat.
"Undang-undang ini termasuk hukuman tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan telefon bimbit dengan kamera atau peranti lain untuk merakam gambar individu lain serta memfitnah mereka,” kata Majid.
sumber asal
0 comments