Sunday, October 4, 2015

Budak 9 Tahun, Diperkosa & Dibungkus Dalam Kotak



JAKARTA - Mayat seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dibunuh dengan kejam ditemui dalam sebuah kotak di mukim Kalideres, Jumaat lalu.

Mayat mangsa adalah Putri Nur Fauziah, anak ketiga dari pasangan Asep Saepuloh dan Ida Fitriyani, yang dilaporkan hilang dipercayai telah diculik ketika keluar dari sekolahnya, SDN 05. 

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang. Kaki, tangan dan mulutnya juga diikat, selain dari kesan-kesan luka dan lebam di seluruh badannya serta ada kesan tusukan di bahagian kemaluan dan dubur mangsa. 


Polis juga menemui seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih milik Putri. 

Berdasarkan siasatan forensik, mangsa telah mati dibunuh lebih dari 4 jam ketika ditemui. Polis sehingga kini masih menyiasat dan memburu individu yang melakukan jenayah ini. 

Menurut ibu bapanya, sebelum keluar dari rumah, dia ada menyatakan hasrat untuk keluar belajar berkumpulan dengan rakan-rakannya. Namun sehingga malam, anak ketiga mereka itu tidak pulang ke rumah. Ibu bapa mangsa membuat laporan di balai polis pada keesokan hari berhubung kehilangan Putri.
Load disqus comments

0 comments