Monday, March 2, 2015

Video Gambaran Neraka Yang Sangat Menakutkan

Pada hakikatnya, setiap agama mengajar umatnya untuk berbuat baik dan menjauhi perkara jahat. Setiap agama juga mengajar kepada umatnya untuk percaya tentang adanya kehidupan selepas kehidupan di dunia yang dipercayai umat Islam sebagai kehidupan akhirat. 

Di kehidupan akhirat itulah setiap manusia akan mendapat balasan yang setimpal mengikut perbuatan yang dilakukannya semasa di dunia. Orang yang banyak berbuat baik dengan restu-Nya tentu akan ditempatkan di Syurga, sebaliknya mereka yang kerap berbuat jahat akan mendapat azab di neraka.


Secara dasarnya, syurga adalah tempat bagi orang yang beriman yang melakukan perintah serta menjauhi larangan Allah. Dan sebaliknya neraka bererti tempat balasan bagi mereka yang berbuat dosa dan kesalahan atau melakukan hal-hal yang dilarang Allah.



Hampir setiap orang mempunyai persepsi bahawa Neraka merupakan tempat yang sangat mengerikan di mana terdapat pelbagai macam seksaan yang akan diterima manusia yang berbuat salah dan dosa.Neraka yang dahsyat tersebut diumpamakan seperti pada video berdurasi 6:43 minit yang dimuat naik oleh akaun youtubeAlamDunia

dalam isi kandungannya dimulai oleh manusia yang menghadapi beratnya saat "sakaratul maut" atau mati, dan setelah meninggal datanglah dua sosok makhluk yang menjemputnya dan menghantarnya ke tempat sesuai dengan perbuatan yang dilakukannya di dunia. Para pengawal pun mengarahkan orang yang banyak dosa itu untuk masuk kolam yang mengambarkan kolam api yang panas.


betapa dahsyat ilustrasi neraka tersebut, di mana banyak gambaran seksaan-seksaan seperti yang dilihat pada video tersebut. Namun perlu diingat gambaran video itu hanyalah sebuah gambaran dari fikiran manusia semata, kerana keadaan Neraka yang sebenar-benarnya hanya Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Tahu yang mengetahui semua itu.



Load disqus comments

0 comments