Assalamualaikum,
Saya seorang guru yang mengajar di Kuala Lumpur. Saya berjauhan dengan suami dan an#ak semenjak mendapat penempatan awal selama dua tahun. Keadaan ini tidak termasuk sepanjang saya meneruskan DPLI.
Suami dan anak berada di Pokok Sena, Kedah kerana suami bekerja di Kuala Nerang. Manakala saya berada di Kuala Lumpur.
Anak saya diuruskan sepenuhnya oleh suami sebelum ke tempat kerja. Anak saya yang berumur 2 ta#hun 7 bulan telah disahkan oleh doktor menghidap tonsil dan sering demam panas sehingga perlu ditahan wad. Sekarang masih dalam pantauan doktor dan jika masih berterusan doktor maklumkan kemungkinan akan dibedah.
Ibu kandung saya pula menghidap penyakit barah payudara yang memerlukan rawatan susulan yang kerap.
Sebagai anak sulung, saya# yang bertanggungjawab untuk memantau keadaan ibu kerana adik di bawah saya adalah OKU lembam, adik yang kedua sekarang berada di luar negara untuk menyambung pengajiannya dan yang bongsu masih belajar di sekolah.
Keadaan ini memberi tekanan kepada saya yang berjauhan dengan mereka terutama ketika anak dan ibu saya tiba-tiba jatuh sakit di Kedah. Suami juga perlu kerja lebih masa kerana kadang-kadang berlaku kes wabak denggi di kawasan tempat bertugas.
Kami juga mengalami masala#h kewangan kerana saya akan berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kedah setiap minggu walaupun hari Sabtu ada aktiviti di sekolah.
Setelah selesai, saya akan balik segera ke Kedah untuk menguruskan keluarga di Kedah.
Saya sangat seronok menjadi seorang pendidik kerana itu adalah impian saya sejak dari dulu lagi. Tetapi keseronokkan bekerja setiap hari semakin pudar dan semakin memberikan tekanan kepada saya sehingga mengalami kemurungan serta tidak berminat untuk berg#aul dengan guru-guru yang lain atas sebab terlalu sibuk untuk siapkan segala kerja pada hari bekerja. Bagi saya, hari minggu hanya untuk keluarga dan saya perlu balik ke Kedah.
Kemurungan saya bertambah apabila pentadbir tidak percaya saya demam panas di Kedah sehingga pentadbir mengugut untuk memotong gaji saya jika tidak hadir ke sekolah.
Saya terpaksa balik ke Kuala Lu#mpur dalam keadaan demam panas dengan suhu 39'-40'
Adakalanya saya terasa kami yang bekerja sebagai guru ini berjauhan dengan keluarga ini, sampai sakit pun orang tak percaya. Saya harap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM memahami apa yang saya alami sekarang.
- Guru Merana
Sumber
0 comments