Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati. Seorang guru agama dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Ahad selepas didapati bersalah membunuh seorang pelajarnya empat tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Hanif Mohd Ali,31, pada akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, beliau berkata tertuduh didapati telah menyebabkan tekanan pada leher mangsa sehingga menyebabkan oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak mangsa dan menyebabkan kecederaan terhadap organ mangsa. Sewaktu kejadian, hanya tertuduh berada bersama-sama dengan mangsa yang pada masa kejadian hanya berumur tujuh tahun, katanya. Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati.
Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati
Perbuatan dilakukan itu boleh menyebabkan kematian dan pihak pendakwa raya berjaya membuktikan perbuatan tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati bagi sabitan membunuh, katanya. Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati.
Hanif, yang juga warden asrama di Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis dijatuhi hukuman penjara 18 tahun pada Mac 2012 selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee pada 2011. Mengikut pertuduhan asal, Hanif dituduh membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati.
Bagaimanapun pertuduhan itu dipinda kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian ketika mahkamah memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan pada Mac 2012. Namun pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan pertuduhan asal terhadap tertuduh. Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati.
Terdahulu, peguam Mohd Shakir Khairi yang mewakili Hanif memohon agar mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan memandangkan anak guamnya merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pengajaran serta pembelajaran Al-Quran. Katanya tertuduh yang merupakan anak kedua daripada empat beradik juga perlu menjaga ibu dan bapanya yang telah lanjut usia. Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati.
Mengikut fakta kes, hasil bedah siasat menunjukkan sebab kematian mangsa adalah kerana hipoksia berikutan tekanan pada leher, selain terdapat pelbagai kesan kecederaan ditemukan pada badan mangsa. Tertuduh yang ketika itu berusia 27 tahun juga telah memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan bertindak menampar serta menolak dada mangsa. Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati.
Hanif yang memakai kemeja-T putih, berseluar kelabu serta berkopiah dilihat melambaikan tangan sambil tersenyum kepada anggota keluarganya selepas hukuman dijatuhkan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad. Ustaz Hanif Mohd Ali Dihukum Gantung Sampai Mati.
0 comments