Sabtu yang lalu, seorang pengguna media sosial, Antares Maitreya, memuat dua gambar sebuah kereta Rolls Royce di Facebook.
"Just received these images via WhatsApp. Apparently this new Rolls Royce Ghost was purchased by Kedah Chief Minister, Mukhriz Mahathir. I wonder if he paid for it out of his own pocket & who picks up the RM54,502 annual road tax,"
Dakwa Antares, dia menerima dua gambar itu dari aplikasi WhatsApp yang mendakwa kereta Rolls Royce itu dibeli dan dimiliki oleh Menteri Besar Kedah.
Antares juga mempersoalkan sama ada kereta itu dibeli dengan duit Mukhriz sendiri dan siapa pula yang membayar cukai jalan kereta tersebut.
Tindakan menyebarkan dua gambar 'panas' itu tanpa menyelidik terlebih dahulu telah menimbulkan fitnah dan ramai pengguna maya percaya dengan dakwaan itu.
Kesannya, Mukhriz dikritik oleh netizen yang menganggapnya membazir serta lupa diri apabila sudah menjawat jawatan tinggi dalam negeri Kedah.

Bagaimanapun, Shaik Ahmad Nasdi, tampil mendedahkan pemilik kereta mewah berkenaan sekali gus menafikan dakwaan yang tidak bertanggungjawab dari Antares.
"Alhamdulillah, dapat bergambar dengan Datuk dan Kereta Barunya (Tuan Punya PMC),"
Alangkah baik jika maklumat yang diterima dari mana-mana sumber diselidik terlebih dahulu sebelum disebarkan. Ini tidak, dapat maklumat yang tidak sahih, terus disebarkan. Bertambah teruknya, berita yang disebarkan itu ditokok tambah dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Untuk makluman, kereta mewah Rolls Royce Ghost ini dijual dengan harga RM2,100.000.
Sumber
0 comments