Fakta Pertama: Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji
Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?
Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.
Sedikit info tambahan, tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan "British Standard"? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan ketahanan perlindungan kesan2 dari ribut salji. Ia mungkin pelik, tapi itulah kebenarannya.
Fakta Kedua: KL ibukota kilat di dunia
Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.
Ini disebabkan iklim Malaysia yang merupakan iklim tropika Khatulistiwa. Kuala Lumpur terletak betul2 berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya pembentukan awan ribut petir.
Info tambahan, tahukah anda mercu tanda kebanggaan kita iaitu Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat? Ya, dalam pembinaan Menara Berkembar berkenaan, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka binaan Menara Petronas. Ada rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.
Fakta Ketiga: Jambatan Gantung Tertinggi di dunia terletak di Sabah, Malaysia
Tahukah anda, bahawa Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Umum tahu bahawa Gunung Kinabalu yg setinggi 4095 meter yang 10 kali ganda lebih tinggi drpd Menara Berkembar Petronas & lebih kurang separuh ketinggian Gunung Everest di Himalaya. Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!
Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.
Info tambahan, sistem laluan besi terlindung Via Ferrata di gunung Kinabalu juga merupakan jalan Via Ferrata tertinggi di dunia dan yang pertama di Asia!
Fakta Keempat: Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia
Tahukah anda, terdapat satu spesies serangga yang terpanjang di dunia hanya boleh didapati di hutan belantara di Sabah? Spesies ini hanya baru ditemui pada tahun 2008 oleh pakar pengkaji serangga, dan merupakan salah satu dari 10 spesies baru dijumpai yang terkenal.
Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.
International Institute for Species Exploration, Arizona State University & Jawatankuasa Taxonomi Antarabangsa memilih serangga ini sebagai salah 1 dari "The Top 10 New Species" pada 2008 dan BBC pula meletakkan penemuan serangga ini sebagai salah 1 dari 10 penemuan terkini dalam dokumentari Decade of Discovery pada tahun 2010!
Info tambahan, di hutan Sabah juga terdapat pokok Seraya Kuning Siput, pokok tropika tertinggi di dunia dengan ketinggian hingga 88.32 meter!
Fakta Kelima: Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia
Tahukah anda, lipas adalah antara sejenis hidupan yang mampu hidup dan bertahan walaupun sesebuah kota musnah akibat serangan nuklear? Tapi, adakah anda tahu, dimanakah tempat dimana berkumpulnya lipas paling banyak di dunia? Hehehehe, ia juga terletak di Sabah ....
Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka bukan? Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!
Ini disebabkan gua berkenaan menyediakan tempat perlindungan yang sesuai bagi pembiakan lipas dengan pelbagai macam kekotoran, kelam, & suasana lembap yang digemari spesies lipas ini. Najis2 kelawar (guano) yang bertimbun, bangkai anak2 kelawar & anak burung layang2 semuanya membekalkan makanan yang segar kepada para lipas penghuni gua ini lalu membentuk ekosistem yang memihak kepada sang lipas.
Selain jutaan lipas yang menghuni Gua Gomantong, Gua ini terkenal dengan populasi burung layang2 & merupakan tempat tinggal lebih 2 juta ekor kelawar.
Fakta Keenam: Kelawar memperkasakan ekonomi pertanian di Malaysia
Tahukah anda, antara eksport pertanian yang amat menguntungkan ekonomi Malaysia adalah buah durian? Durian adalah buahan eksotik yang amat digemari di pasaran ASEAN dan Asia Timur. Tapi tahukah anda, kelawar buah adalah spesis haiwan pendebunga yang amat penting dalam kitaran hidup pokok durian.
Ada dua jenis spesis kelawar di Malaysia iaitu spesis pemakan serangga & spesis pemakan buahan. Kelawar spesis pemakan buahan amat menggemari buah durian. Kelawar merupakan spesis pendebunga paling utama pohon durian. Bunga durian hanya berkembang pada malam hari, ini bermaksud hanya spesis haiwan nokturnal yang aktif di waktu malam sahaja mampu menjadi ejen pendebungaan. Dan hanya spesis kelawar pemakan buah adalah ejen pendebungaan yang aktif di malam hari selain beberapa spesies serangga. Berdasarkan kajian saintis, didapati bunga pokok durian yang didebungai oleh kelawar menghasilkan buah durian yang bermutu tinggi dan menghasilkan lebih banyak buah.
Jangan lupa menghargai jasa kelawar pemakan buah tika anda menjamu selera durian yang sedap2! Tiada kelawar, tiadalah durian!
Fakta Ketujuh: Tanah perkuburan khusus untuk haiwan peliharaan yang pertama di Malaysia
Biasanya di Malaysia, jika haiwan kesayangan kita mati, maka ia akan ditanam di kawasan rumah. Tapi tahukah anda, di Malaysia terdapat satu tanah perkuburan yang eksklusif bagi haiwan peliharaan?
Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan yang pertama di Malaysia terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih. Plot2 tanah kubur bersaiz kecil dan sederhana disediakan bagi pemilik2 haiwan2 berkenaan. Pakej plot tanah kubur disediakan untuk haiwan peliharaan seperti anjing, kucing serta haiwan lain. Setakat ini lebih 50 plot tanah kubur telah mempunyai penghuni yang rata2 mendiang spesies anjing, tetapi fasa pertama yang melibatkan 300 plot tanah kubur telahpun ditempah & terjual.
Pakej bagi satu plot tanah kubur haiwan peliharaan adalah RM4,800 termasuk dengan perkhidmatan pengebumian.
Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan bersama pakej berkenaan:
Oh, ketika pesta perayaan Qing Ming aka 'Hungry Ghost' setiap bulan April, para pemilik haiwan berkenaan boleh juga membakar wang kertas neraka dan barangan kertas seperti TV, rumah dll jenis aset khusus untuk kegunaan roh2 haiwan kesayangan mereka di alam sana.
Fakta Kelapan: Ada lebih dari 140 bahasa pertuturan digunakan di Malaysia
Dalam masyarakat Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis kaum, adat budaya dan agama, pastinya ia juga melibatkan pelbagai jenis bahasa. Secara umumnya, jika ditanya pada rakyat Malaysia secara umum, hanya 30 bahasa pertuturan yang dapat dikenalpasti, ratanya2 melibatkan BM, BI, dialek Cina, dialek India dan bahasa peribumi yang utama di Sabah & Sarawak. (Baru 30)
Namun begitu, bagi pakar linguistik dan bahasa, mereka mengkaji perbezaan bahasa bukan hanya terhad pada bahasa2 utama sahaja malah bahasa pertuturan yang melibatkan dialek (loghat) tempatan, creole (slanga, bahasa pasar) dan bahasa campuran (bahasa rojak, Manglish dll). Melalui satu eksperimen di kota2 di Malaysia dengan frasa "Kamu sudah makan kah?" penganalisis mendapati ada 10 cara menyebut frasa berkenaan yang berbeza termasuk dengan BI. (Baru 10)
BM sahaja mempunyai lebih kurang 9 dialek (termasuk BM Piawai kira 10) termasuk 14 dialek Cina yang dituturkan oleh orang Cina, dicampur bahasa Baba Nyonya Peranakan, Tamil Peranakan, Kristang Portugis, Siam .... (Baru 28)
Apabila kita menyeberang ke Malaysia Timur, terdapat sekurang2nya 90 jenis bahasa pertuturan. Yep, ini termasuk 60 bahasa pertuturan etnik peribumi asal Borneo. (Dah 90)
Kira2 semua ..... lebih kurang anggaran 158 jenis bahasa pertuturan ... hah, sebab itu bahasa jiwa bangsa yeeee ...
Fakta Kesembilan: Nama Kereta Kebangsaan Pertama di Malaysia diambil semasa permainan Scrabble
Secara umumnya rata2 tahu kereta pertama tempatan keluaran Malaysia dinamakan Proton Saga, saga pula merujuk kepada nama biji benih saga. Tapi itu hanya pendapat umum sahaja. Tahukah anda, itu bukan cerita asal usul nama Proton Saga yang sebenarnya?
Ramai yang tidak tahu tentang peranan Encik Ismail Jaafar. Pada satu petang, dia bermain permainan Scrabble (kalau versi Melayu - SAHIBBA). Ketika membuat frasa Bahasa Inggeris SAGA (yang membawa maksud dalam BI - "something said" or "a narrative in prose", somewhat along the lines of a "story", a "tale", or a "history"), En Ismail mendapati perkataan SAGA melibatkan 4 huruf sahaja dan markahnya agak kecil. Tapi belia mendapat ilham daripada akronim SAGA dan membentuk 4 frasa baru iaitu:
S= Safety / Stability (Keselamatan / Kestabilan)
A= Achievement (Pencapaian)
G= Greatness (Keagungan)
A= Ability (kebolehan)
Kemudian dari situlah beliau menghantarkan ideanya dalam pertandingan menamakan kereta nasional pertama keluaran Malaysia. Tun Dr M masih mengingati mengapa nama SAGA dipilih sebagai pemenang dimana terma SAGA menarik perhatian para juri. Para juri dan Tun Dr M memilih nama SAGA kerana ia adalah terma BI yang membawa maksud suatu peristiwa kejadian & Tun Dr M adalah orang yang mengaitkan nama SAGA dengan terma BM SAGA yang merupakan sebiji biji benih.
Tapi Tun Dr M & para juri tidak tahu ilham nama SAGA sebenarnya bermula dari permainan Scrabble!
Ehhem, maklumat tambahan, kereta Proton SAGA adalah kereta import terlaris di UK pada tahun 1989! Last edited by robotech on 21-1-2014 11:05 PM
Fakta Kesepuluh: Jalan Bulatan Trafik (Roundabout) terbesar di dunia adalah di Malaysia
Tahukah anda, Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer panjangnya.
Dengan lebih kurang 15 sistem jalan keluar / masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tahukah anda Tun Dr M yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile. Dari situ, sebagaimana resam Tun Dr M yang sememangnya mahukan infrastruktur lebih besar dari Barat (mega projek dengan semangat Malaysia Boleh!), beliau mencadangkan satu sistem jalan roundabout yang cukup besar mengelilingi Putrajaya yang mampu menampung perarakan yang besar seperti perarakan Hari Kemerdekaan.
Nak Copy Boleh, bagi la kredit sikit yer.!! : http://sehinggit.blogspot.com/2015/03/eksklusif-10-fakta-yang-menarik-tentang.html#ixzz3TR4yCAs8
Follow us: SehinggitMedia on Facebook
0 comments