CHINA – Suasana di sebuah pusat beli belah di Beijing menjadi kecoh apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun menaiki kereta elektrik yang dipamerkan di situ, menghidupkan suisnya lalu bergerak dan melanggar seorang wanita mengandung serta anaknya yang berada dalam kereta sorong kanak-kanak.
Ketika kejadian, jurujual kenderaan itu sedang menerangkan kepada orang ramai mengenai fungsi kenderaan terbabit sebelum kanak-kanak itu masuk ke dalamnya dan berpura-pura sedang memandu kereta.
Namun secara tiba-tiba, dia berjaya menghidupkan enjin lalu kenderaan itu bergerak ke depan dan merempuh dua beranak berkenaan.
Nasib baik ibu dan anaknya itu tidak mengalami kecederaan.
Polis kini menyiasat kenapa kereta itu yang dipamerkan kepada orang ramai, tidak dikunci hinggakan budak berusia enam tahun boleh menghidupkannya.
Setakat ini pengurusan kompleks beli-belah itu dan penganjur pameran masih belum memberikan komen mengenai kejadian tersebut.
0 comments