Friday, August 29, 2014

5 Foto.. Majlis Akad Nikah Nubhan AF6 & Afifah..Tahniah..Cantiknya Isteri Dia..

Dengan sekali lafaz, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nubhan Ahmad, 29, selamat diijab kabul dengan pasangannya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26 di rumah pengantin perempuan di Rasah Kemayan, Seremban 2, di sini, hari ini.

Nubhan dinikahkan bapa Afifah Hidayah iaitu Ahmad Tawfek Zulkifly, 52 pada 3.30 petang dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai Seremban 2, Wan Nawang Wan Sulong.

Dalam majlis itu, seramai 100 tetamu membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara hadir memeriahkan pernikahan berkenaan.

Nubhan ketika ditemui bersyukur kerana perkenalan bersama isteri di Pulau Pangkor, Perak pada 2008 membawa mereka ke jinjang pelamin.

Katanya, dia dan isteri sebelum ini bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan perancangan mendirikan rumah tangga tahun ini menjadi kenyataan.

Dalam majlis itu, pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan menerima lima dulang.

Wang hantaran perkahwinan diberikan Nubhan adalah RM20,000 manakala mas kahwin, RM1,000.
Majlis resepsi sebelah perempuan akan dibuat di Rasah Kemayan esok manakala sebelah Nubhan di Dewan Hadhari, Kuala Pilah pada lusa.





Load disqus comments

0 comments