Wednesday, July 6, 2016

Seorang bapa terdengar suara berbunyi kuat dalam tandas pusat siber, bila pintu dibuka, anak perempuannya berusia 13 tahun sedang dihayun deras lelaki bangla dengan ganas sekali


Lelaki warga Bangladesh bermandi darah selepas dibelasah orang awam yang berang dengan tindakannya merogol remaja perempuan berusia 13 tahun di tandas pusat siber di Taman Sri Rampai, di sini, semalam.

Dalam kejadian 10.30 malam, mangsa menemani ayahnya ke pusat siber sebelum dia ditarik oleh warga asing berusia 30 tahun itu ke dalam tandas di pusat siber berkenaan.

Menurut sumber, anak bongsu daripada tiga beradik itu diraba di bahagian kemaluan sebelum dirogol.

Katanya, mangsa dipaksa diam sebelum kehilangannya disedari bapanya.


"Bapa mangsa yang menyedari anak tiada terus ke tandas dan mengetuk pintu sebelum mendapati lelaki Bangladesh itu merogol anak perempuannya.

"Berang dengan kejadian itu, bapa mangsa dan orang awam membelasahnya sebelum menghubungi polis," katanya.

Susulan itu, sepasukan anggota polis dari Balai Wangsa Maju ke lokasi kejadian dan menahan lelaki Bangladesh terbabit.

Menurutnya, remaja perempuan itu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, hasil siasatan mendapati, suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya ketika dihubungi, petang tadi
Load disqus comments

0 comments