Hari ini, baru teringat ada janji yang belum ditunaikan. Semuanya bermula apabila aircond kereta rosak. Harga baikinya berbeza-beza.
Satu bengkel milik Cina di Jalan Cheras-Kajang bagi harga RM1,300. Dalam masa tiga jam, siap. Satu lagi bengkel juga dimiliki oleh Cina di Bandar Baru Bangi, harganya RM1,700.
Pergi pula ke kedai Melayu, moga-moga harganya lebih murah. Namun hampa. Selepas check, harganya RM1,800. Stok barang ada, empat ke lima jam siap katanya. Mereka semua menyebut masalahnya sama iaitu compressor aircond rosak, perlu tukar.
Nak jadikan cerita, seorang sahabat bagitahu ada seorang pakar baiki aircond iaitu Leong. Saya terus ke bengkel Leong, lokasinya di Puchong. Apabila di’check, masalah aircond kecil saja katanya. Hanya dalam masa 1 jam 30 minit boleh siap.
Akhirnya aircond kembali sejuk.
Sambil test aircond yang baru dibaiki. Leong membawa saya makan di restoran. Kami cerita tentang isu-isu semasa, politik dan agama. Leong seorang yang terbuka dan banyak tahu tentang Islam. Jujur dan amanah sering disebut dalam bual bicaranya.
“Pemimpin perlu jujur dan amanah. Bekerja pun perlu jujur dan amanah,” katanya.
Dia juga sebut tidak dapat fokus pada kerja semenjak ibunya meninggal. Selama 14 tahun dia jaga ibunya yang kena stroke. Saya dapat buat kesimpulan zahirnya Leong seorang yang berprinsip dan baik. Tetapi dalam diri ini masih terlintas,
1
“Memang Cina begini perangainya. Pelanggan adalah raja yang perlu dijaga hatinya. Selepas ini, tunggulah kau, pasti tinggi dicaj kos baiki aircond tu”.
Selepas makan di restoran, Leong bawa saya ke Masjid Al-Ehsan supaya saya dapat solat zohor berjemaah. Saya seolah-olah bos dan Leong pula pemandu saya. Apatah lagi dia panggil saya ‘Dato’.
“Dato nak ke mana? Masjid ye? Okay, kita ke sana,”.
Bila lagi nak berlagak seperti ‘Dato’? Hehehe!
Bila semuanya selesai, saya ke meja untuk membuat bayaran. Berapa cajnya? Cuba anda teka.
Sepintas lalu, saya lihat macam RM1,900. Bila diperhatikan betul-betul bil yang ditunjukkan oleh pekerjanya, hanya RM190 saja.
Saya terkejut! Bukan RM1,800, bukan RM1,300 dan bukan RM1,700 sebagaimana harga yang ditetapkan di bengkel-bengkel yang lain.
Keluar dari kedainya, Leong tanya saya,
“Berapa ribu ‘Dato’? tanya sambil tersenyum.
Saya tidak tahu nak cakap apa. Hanyak banyak-banyak berterima kasih. Leong sempat lagi merendah diri.
“Saya tak pandai baiki seperti pomen-pomen yang lain. Yang penting aircond kereta ‘Dato’ dah sejuk sekarang,” katanya sambil bersalam dengan saya.
Sebelum berpisah, saya bagitahu Leong, dia seorang yang baik. Saya berjanji akan mempromosikan bengkelnya di Facebook. Itulah janji saya dengan Leong. Hari ini saya tunaikan janji tersebut.

Via Nadzmi Nadzir
Sahabat-sahabat sekalian, jika aircond rosak, boleh jumpa Leong. Memang RECOMMENDED.
0 comments