Friday, April 3, 2015

Ngeri! Gadis Cantik Ini Terbangun Ketika Otaknya Dibedah Doktor






Seorang remaja yang sedang menjalani pembedahan otak untuk membuang ketumbuhan, tersedar dan dengan selamba menanyakan bagaimana prosedur itu berlangsung. 



Portal berita metro.co. uk melaporkan, satu siasatan kini dijalankan untuk memastikan bagaimana remaja tersebut, Iga Jasica, 19, boleh bangun secara tiba-tiba semasa pembedahan dijalankan di Hospital Central Clinical di Kawoice, barat daya Poland.



Siasatan itu dilakukan ekoran Jasica terjaga terlalu awal selepas diberikan ubat tidur, namun dia tidak panik atau sakit ketika pembedahan tersebut.



Jasica berkata, dia tidak berapa ingat apa yang berlaku, namun doktor memaklumkan mereka berbual mengenai kucing.



“Saya tidak dapat menyambut Krismas kerana pembedahan ini, tetapi keadaan kesihatan saya yang kini bertambah baik merupakan hadiah paling baik bagi saya,” katanya.





Read more: http://sembangmaniac.blogspot.com/2015/04/ngeri-gadis-cantik-ini-terbangun-ketika.html#ixzz3WJOD9kvv
Load disqus comments

0 comments