Tuesday, March 31, 2015

VIDEO: KERETA BERGESEL, SEKUMPULAN GADIS CUN MELECUN MAKI HAMUN SECARA BERJEMAAH PAK HAJI


Sebuah video sekumpulan# gadis muda mengamuk di stesen minyak Petron tersebar di media sosial baru sebentar tadi.

Difahamkan kejadian itu berlaku berpunca dari berlakunya pergeselan antara kereta kedua-dua belah pihak.

Bagaikan tidak dapat menga#wal perasaan marah, pemilik kereta Perodua Myvi bernombor pendaftaran WWC 1402 mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa.

Keadaan bertambah buruk apabila rakan-rakannya turut melemparkan kata-kata makian terhadap mangsa.

Lihat VIDEO disini >>>

Tindakan mangsa yang mera#kam video kejadian itu juga diserang oleh salah seorang rakannya menyebabkan seorang lelaki bergelar Pak Haji hilang sabar dan cuba membalas balik perbuatan gadis berkenaan. Namun dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Enggan memanjangkan lagi masalah, kedua-dua pihak melaporkan perkara itu di balai polis berdekatan.

Sumber
Read more

LELAKI KESAT AIR MANI DI BELAKANG BAJU WANITA DI MYDIN TERSEBAR




Beberapa gambar seorang lelaki yang diperolehi dari CCTV Mydin MITC tersebar di media sosial kerana didakwa mengesat 'bakal anak-anaknya' di kain baju wanita premis berkenaan.



Menurut individu yang memuat naik gambar² itu, dia meminta orang ramai menyerahkan lelaki terbabit kepada pihak polis jika terserempak dengannya.



"Lelaki yang tidak ada rasa malu membuang air ma-ni di belakang baju wanita di Mydin MITC," kata kenyataan itu.






Kejadian yang berlaku di MYDIN MITC, Melaka itu pada jam 1.15 - 2.10 petang pada Sabtu lalu.



"Sebelum diserah ke balai, minta titik (belasah) dulu mamat ni. Awasi adik, kakak dan isteri kamu semua," tambahnya lagi. 
Read more

Monday, March 30, 2015

Ibu Berusia 21 Tahun Viral Di Laman Sosial (12 Gambar)


Seorang wanita muda yang baru berusia 21 tahun menjadi topik hangat pengguna di laman sosial apabila memuat naik gambar sedang menyusu bayi ke peribadi miliknya.
Ramai yang terkejut kerana selain mempunyai wajah yang menawan dan dalam usia sebegitu sudah bergelar seorang ibu.

Vicky Chen yang berasal dari Taiwan mempunya 230,000+ jumlah pengikut dan sering mendapat banyak likes apabila dia memuat naik status ataupun berkongsi gambarnya yang agak mencolok mata.

Walaubagaimanapun, Vicky menjelaskan bahawa bayi itu bukanlah anaknya sebaliknya hanya menjadi penjaga kepada bayi tersebut.








Read more

Gambar Shila Amzah Terkangkang Di Instagram

RASANYA kalau ada anugerah untuk ‘Artis Bertudung Kontroversi’, mungkin ia sesuai diberikan kepada Shila Amzah.

Apa tidaknya, selepas satu, satu lagi cerita panas yang timbul.

Jika disenaraikan, ia termasuklah kisah ‘Ombak Rindu’nya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad, status Twitternya berkenaan filem ‘Bencinta’, ‘teman tapi mesra’ bersama Johan As’ari, dan kemudiannya gosip kononnya dia sudah berkahwin.

Terbaru, sekali lagi dia menjadi buah mulut orang ramai apabila memuatkan gambarnya sedang melakukan senaman atau ‘yoga’ yang kurang enak dipandang untuk seorang wanita bertudung.

Aksinya yang seolah-olah terkangkang membuatkan ramai peminat menegur perlakuannya itu.


Kami yakin Shila tidak berniat yang bukan-bukan, namun sebagai seorang artis bertudung, dia seharusnya sudah sedia maklum bahawa setiap inci perbuatannya akan diperhatikan dan ‘dihakimi’ oleh orang luar.

Kalau ikutkan, ramai juga artis bertudung lain yang memuatnaik gambar di Instagram, tapi tidaklah sampai mencetuskan kontroversi sebegini.

Senang cerita, lihat sahaja Diana Amir dan Irma Hasmie. Tak ada pula yang mengata kan?

Sebabnya, mereka cukup menjaga setiap perlakuan mereka dan tidak sewenang-wenangnya memuatnaik gambar-gambar pelik di akaun sosial.

Mungkin Shila boleh contohi mereka, tak gitu?
Read more

Nampak Garisan Bra, Peminat Tegur Diana Danielle

Sejak berkahwin dan bergelar ibu, macam banyak pula kontroversi yang menghimpit pelakon Diana Danielle.
Sebelum ini, Diana dilapor bergaduh dan tidak berbaik dengan ibu kandungnya dan terbaharu, pelakon cantik ini terpalit kontroversi apabila pakaian ketat yang dipakainya dikutuk sebilangan besar pengikutnya di laman sosial.
Ramai yang menegur t-shirt berkolar berwarna putih yang dipakainya kelihatan sangat ketat sehingga menampakkan susuk payudaranya selain kesan pakaian dalam yang dipakainya.
Ada juga yang memberikan komen seolah-olah Diana bertelanjang dengan penampilannya ketika menjadi artis jemputan untuk program Meletop kelolaan Nabil Ahmad dan Neelofa, Selasa lalu.
Diharap Diana mengambil kira dan mempertimbangkan komen-komen positif yang diberikan, yang mana sesuai dengan imejnya kini yang sudah bergelar ibu kepada cahaya mata comel, Muhammad.
Mungkin ada betulnya kata-kata peminat tu.. apa pula kata anda, ketat sangat ke baju Diana ni?
Read more

Adegan panas Nora Danish Berpelukan "saya cuma buat atas arahan pengarah,”

Adegan panas Nora Danish Berpelukan "saya cuma buat atas arahan pengarah,”  | arahan pengarah ikut arahan TUHAN ikut tak?? ingat kita orang Islam, yang memberi Rezeki adalah Allah,bukan pengarah.

Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi sy cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dgn Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

Menurutnya, apa yg dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan @degan sebagai suami kpd Nora. 

Salah satu adegan membabitkan #Rusdi and #Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di media sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru2 ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dlm filem ini yg berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semal@m. 


ADEGAN panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial.

Rusdi, 43, berkata, penggambar@n filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.
Read more

Malaysia Termasuk Dalam Ranking Internet Laju dan Murah di Asia 2015 ? Bior Betul !!!



Senarai Ranking Kelajuan Internet di Asia 2015? Malaysia Internet Laju dan Murah? : Ketika kita cuba bercakap dengan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi dan menuju ke era negara maju daripada status membangun yang ada sekarang ini, Malaysia masih lagi terkial-kial mencari rentak untuk menawarkan kelajuan internet yang lebih baik kepada pengguna internet di malaysia pada harga yang lebih munasabah dan berpatutan
  • Harga mahal, internet laju. Masih boleh maaf lagi.
  • Harga mahal, kelajuan internet nyawa-nyawa ikan. Yang ini, satu penindasan kepada pengguna

Berdasarkan semakan Berita Semasa jikalau mengikut standard Federal Communications Commission (FCC) di Amerika Syarikat, standard broadband adalah 25 Mbps dan ke atas. Malah ada yang mencadangkan supaya terma broadband hanya untuk speed 100 Mbps. Segala teknologi ADSL tidak lagi dianggap broadband sebab tidak dapat menyediakan kemudahan kelajuan internet 25 Mbps.

Hanya 6.3% penduduk di sana memiliki capaian Internet kurang daripada 4 Mbps. Dan 13.1% memiliki kemudahan Internet kurang daripada 25 Mbps. Tolonglah jangan mengatakan bumi Amerika tidak bergunung ganang.

Malah Amerika sendiri dianggap ketinggalan dalam perbandingan soal internet laju berbanding negara-negara di Eropah dan Asia yang lain.

Malangnya, ketika negara jiran kita di Asia yang lain berbicara tentang streaming 4K, rakyat di Malaysia masih lagi berbincang sama ada streaming video youtube 144p masih sangkut atau tidak. Ermmm….

Dalam pada masa yang sama semakan Berita Semasa melalui laporan yang dikelaurkan sendiri oleh portal Statista menunjukkan ranking dan kedudukan kelajuan Internet dikalangan negara-negara Asia yang terkini tahun 2015 :

Senarai Ranking Kelajuan Internet di Asia 2015?
  • Korea Selatan : 25.3 Mbps
  • Hong Kong (China) : 16.3Mpbs
  • Jepun : 15 Mpbs
  • Singapura : 12.2 Mbps
  • Taiwan (China)
  • Australia
  • Thailand
  • Malaysia
  • China
  • Indonesia
  • Vietnam
  • Filipina
  • India

Jikalau purata kelajuan internet di dunia adalah sekitar 4.5 Mpbs, malangnya purata sambungan kelajuan internet di Malaysia hanyalah 4.1 Mpbs sahaja.

Bagaimana pula kelajuan internet yang anda langgan sekarang ini? Sesuai dengan caj dan yuran langganan internet yang dikenakan ke atas anda?

Sumber : http://www.beritasemasa.com.my/
Read more

Misteri Sebuah Masjid DI London Disaksikan Wartawan

Misteri Sebuah Masjid DI London Disaksikan Wartawan

Misteri Sebuah Masjid DI London Disaksikan Wartawan | Sebuah video yang menunjukkan satu kejadian yang sangat menakjubkan telah berlaku di sebuah masjid di tengah-tengah kota London.
Masjid berkenaan telah ditutup secara rasmi oleh kerajaan England dan dilaporkan sudah tidak ada sebarang aktiviti yang dibenarkan di dalamnya.
Akan tetapi, setiap kali tiba waktu solat orang ramai di sekitarnya akan mendengar seruan azan yang begitu jelas sekali seolah-olah suara yang berkumandang itu datangnya dari sistem siaraya di masjid yang masih beroperasi
Masjid ini sudah tidak ada lagi sumber elektrik dan dikawal rapi tetapi dengan kuasa allah setiap kali masuk waktu solat masih berkumandang azan walaupun sudah tidak ada sesiapa yang melaungkan azan.
sumber
Read more

Kisah Janda Jamilah Dirantai Bumi, Muka Berwajah Khinzir

Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu. 

Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya. Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. 



Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya. Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. 

Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah. 

Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing. Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela. 

Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu. 

Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. 

Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya. Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya.

Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara. Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian-pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. 

Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak babi. 

"Ala, bukan nak makan babi tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat....".

Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan. Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya. 

"Binatang babi! Binatang anjing!" kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata. 

Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona. Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu. 

Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam. Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu. 

Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat. Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata "Oi babi, anjing, beruk! Tak boleh harap....menyusahkan orang, celaka!" 

Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar. Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. 

Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya. Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta. Ibu ,mana yang tidak sayangkan anak.

Dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu. Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya. Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah. Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. 

Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya. Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu. 

Jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah Yang Maha Esa itu. Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah. 

Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya. Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak berhenti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan. 

Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa. Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu. 

"Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka," sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata. 

Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir-gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi. 

Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung-raung dari arah liang lahat. "Mak ooiii.....!! Ayah ooiii!! Tolonglah...! Allah Tuhanku....minta tolong...! Mak ....ayah...tolonglah!" suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti," cerita Nek Mariam lagi. 

Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa. 

Kepalanya menjadi kepala seekor babi! MasyaAllah.... Ramai orang menyaksikannya....satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. 

Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu....Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata: "Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam...." .

Menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu. "Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. 

Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa. Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf.

Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak..." Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua.

Wallahualam.
Read more