Friday, August 28, 2015

WANITA DIR0G0L REMAJA LELAKI MENYAMAR 'PENGUAT KUASA JPAM'


CHUKAI - Seorang wanita dir0g0l oleh seorang remaja lelaki yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa JPAM di sebuah hotel.

Suspek yang berusia 18 tahun itu ditahan oleh pihak polis pada Rabu lalu selepas mangsa membuat laporan polis, sejam selepas kejadian itu pada jam 1 pagi.

Suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Meraga Beris, Kijal.

Difahamkan, suspek menyamar sebagai pegawai penguat kuasa JPAM dan memperdayakan mangsa kononnya membawa temuduga pada jam 9 pagi pada 24 Ogos lalu, sebelum bertindak mer0g0l mangsa.

Siasatan polis mendapati, suspek berasal dari luar Terengganu dan sudah dua minggu menetap di rumah kenalannya di kampung itu.

Selain itu, suspek juga didapati turut memperdayakan penduduk kampung dengan mendakwa dirinya sebagai penguat kuasa JPAM dan meminta bayaran sebanyak RM50 dari penduduk kampung yang berminat menjadi anggota JPAM. - THEHYPEMEDIA.COM
Load disqus comments

0 comments