Monday, October 21, 2013

Gempar! Tengkorak Manusia 1.8 Juta Tahun Ditemui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Penemuan satu tengkorak manusia berusia 1.8 juta tahun yang tertanam di sebuah perkampungan di Georgia, Eropah Timur memberi gambaran bahawa manusia hanya berasal daripada satu spesies sahaja, kata sekumpulan penyelidik tersebut.


Gambar yang dirakamkan pada tahun 2005 menunjukkan tengkorak manusia berusia 1.8 juta tahun yang ditemui di Dmanisi, Georgia

Menurut para penyelidik itu, tengkorak tersebut menjadi bukti baharu bahawa manusia awal yang hidup, hanya daripada satu spesies tetapi mempunyai wajah yang berbeza.

Bentuk tengkorak itu menunjukkan ia mempunyai otak kecil iaitu bersaiz kira-kira satu pertiga daripada otak manusia kini.

Ia mempunyai rahang seperti beruk.Turut ditemui ialah beberapa peralatan batu dan tulang-tulang harimau.
Penemuan penyelidik itu disiarkan dalam jurnal Science.

Ia merupakan satu daripada lima tengkorak manusia awal yang telah ditemui di Dmanisi yang terletak kira-kira 100 kilometer dari ibu kota Georgie, Tblisi.

Tengkorak itu ditemui pada tahun 2005. Empat daripada tengkorak yang ditemui itu mempunyai rahang.

Menurut penulis bersama kajian itu, Christoph Zollikofer dari Universiti Zurich, Switzerland, semua tengkorak itu menunjukkan ia datang dari kalangan sekumpulan penduduk dari spesies yang tunggal.

Bagaimanapun, Pengarah Program Kedoktoran Hominid dan Paleobiologi di Universiti George Washington, Amerika Syarikat, Bernard Wood menyatakan, tengkorak itu mungkin berasal dari satu makhluk yang tidak pernah diketahui para penyelidik sebelum ini.

# Tapi sejauh mana kebenarannya? wallahua’lam

Sumber
Load disqus comments

0 comments